Sign In
Mobirise Website Builder


PIALA PUSINGAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA

Piala Pusingan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara adalah
Anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Piala berbentuk Al-Quran diperbuat daripada kristal dan
terletak di atas kedudukan kayu ‘meraka’ yang berbentuk dua tangan bercantum.

Bentuk tangan diilhamkan daripada ‘kimhap’ atau ‘tongkat ajai’.

Tangan melambangkan iltizam belia dalam pembacaan Al-Quran dan seterusnya menghayati ajaran-ajaran di dalamnya.



Piala direkabentuk oleh :
Yang Mulia Pengiran Haji Hashim bin Pengiran Haji Mohd. Jadid