Sign In
Mobirise Website Builder


LATAR BELAKANG MUSABAQAH



Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wadaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN Kali Ketiga di Manila pada 14 – 15 Disember 1987 yang menitahkan hasrat Baginda agar Negara Brunei Darussalam memainkan peranan aktif dalam pelancaran rancangan Pertukaran Belia ASEAN.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara dianjurkan setiap dua tahun sekali bagi belia-belia berumur diantara 18 hingga 30 tahun. Musabaqah kali pertama diadakan pada tahun 2000.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8, 1439/2017 menjemput penyertaan qari dan qariah Timor Leste buat pertama kalinya.


MATLAMAT MUSABAQAH


  • Memupuk dan menyemai persahabatan dan persaudaraan serta jaringan kerjasama belia-belia Asia Tenggara.
  • Membantu meninggikan mutu pembacaan Al-Quran dalam kalangan belia Asia Tenggara.
  • Menghubungkan kesinambungan mutu bacaan dari peringkat belia dan seterusnya ke peringkat dewasa sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.