Sign In
Mobirise Website Builder
26.10.2017 | Baca Al-Quran melalui guru-guru yang mahir

Para belia diseru untuk meneruskan dan memperbanyakkan pembacaan Al-Quran dengan menuntut bacaan tersebut daripada guru-guru yang mahir dalam bidang Al-Quran.

Johan qari Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara Kali Ke-8 Tahun 1439 / 2017, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili ketika ditemui Pelita Brunei seterusnya berharap akan dapat memperbaiki bacaan Al-Quran, di samping akan terus menuntut ilmu taranum itu daripada guru-guru yang mahir dalam Al-Quran.

Selain itu, beliau juga berhasrat agar dapat mengongsikan dan mengajar bidang pembacaan Al-Quran itu kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan.

Sementara itu, johan qariah, Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri pula menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapai itu merupakan dorongan daripada kedua ibu bapanya.

Beliau yang bergiat aktif sejak berusia lapan tahun berharap akan dapat mengikuti musabaqah Al-Quran di peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, beliau menasihatkan para belia yang menceburi bidang Al-Quran supaya secara berterusan berlatih dengan bergurukan Al-Quran.

Musabaqah tersebut berlangsung di Dewan Persidangan Antarabangsa, di sini.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments