Sign In
Mobirise Website Builder
26.10.2017 | Qari dan qariah negara johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8

Qari dan qariah Negara Brunei Darussalam membuktikan kehebatan dalam bacaan kitab suci Al-Quran apabila muncul johan kedua-dua kategori pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8, 1439 Hijrah / 2017 Masihi.

Peserta qari belia negara, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili berjaya mengutip markah 92.67 peratus sementara Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri mengutip markah 86.17 peratus.

Johan qari dan qariah menerima Piala Pusingan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, wang tunai BND5,000 berserta hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Sementara itu, naib johan qari dan qariah merupakan dari Republik Indonesia, iaitu Ilham Mahmuddin Murdan dengan kutipan markah 92.49 peratus dan Nurjannah Yosef Piliang dengan memperoleh markah 84.27 peratus.

Manakala qari dan qariah dari negara Malaysia, iaitu Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi dengan kutipan markah 91.16 peratus dan Siti Syahirah binti Isa memperoleh markah 83.08 peratus menduduki tempat ketiga.

Naib johan menerima wang tunai BND4,000 berserta hadiah iringan dan sijil penyertaan dan tempat ketiga menerima wang tunai BND3,000 berserta hadiah iringan dan sijil penyertaan, manakala sagu hati menerima wang tunai sebanyak BND1,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments